Biodata Diri

Nama saya Nur Syakirah binti Ab Razak. Saya berumur 22 tahun. Saya berasal dari Negeri Sembilan. Saya mengambil jurusan Biokimia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik. Ayah saya bernama Ab Razak bin Abdullah. Ibu saya pula bernama Noor Liza binti Samsudin. Pada masa lapang, saya gemar mendengar lagu Inggeris dan melihat filem Inggeris. Selain itu, saya juga suka berjalan bersama keluarga dan rakan-rakan. Saya dilahirkan pada 22 September 1995 di Tawau, Sabah. Saya tidak suka kepada katak kerana katak mempunyai kulit yang lembab serta struktur badannya yang sedikit lembik membuat saya geli kepadanya. Saya akan bergraduasi tidak lama lagi dan sangat berdebar untuk menghadapi dunia luar dan dunia pekerjaan selepas tamat pengajian di UKM. 


No comments:

Post a Comment