GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SET 1
NAMA
AHLI KUMPULAN
PUTERI DHANIYAH IZZATI BINTI SALAHUDDIN (A150442)
NOR AZREENNA BINTI JAIS (A151247)
NUR DALILA NABIHAN BINTI AHMAD TAJUDDIN (A150461)
NUR SYAKIRAH BINTI AB RAZAK (A147305)
NAMA
PENSYARAH
ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD
Pengenalan
Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantuan mengajar ialah
segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk membantu dalam
menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.Bahan bantuan mengajar bukan
hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar2 sahaja. Ianya
merangkumi segala benda yang digunakn dalam pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan semua pancaindera serta dapat dialami oleh para pelajar.
Bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru boleh
dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis.
Antaranya, bahan bantuan mengajar bukan elektronik, bahan bantuan mengajar elektronikdan bahan bercorak pengalaman
dan bahan sebenar. Bahan bantuan bukan elektronik ialah seperti buku teks,
makalah dan bahan bercetak. Aplikasi pembelajaran alam maya seperti e-kamus,
MOOC dan e-learning merupakan salah satu bahan bantuan mengajar elektronik.
Bahan yang bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah berupa objek yang boleh
disentuh dan dialami sendiri kesemua pancaindera seseorang.
Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan untuk
memperjelaskankan penyampaian maklumat atau ilmu pengetahuan agar tidak terlalu
bersifat verbalistik, mengatasi sifat pasif dan memberi rangsangan kepada
pelajar. Perkara ini boleh dicapai dengan cara meningkatkan interaksi pelajar
dalam sesuatu sesi pembelajaran tersebut. Bukan itu sahaja, dengan pendedahan
para pelajar kepada bahan bantu mengajar dapat mempersamakan pengalaman yang
dialami dalam masa yang sama membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.
Perkembangan
kecanggihan sains dan teknologi di era kini telah membawa kepada penciptaan
pelbagai teknologi dan sistem yang canggih dalam semua bidang termasuk
pendidikan. Revolusi arus kemodenan ini telah memberikan diversiti dalam
penggunaan bahan bantu mengajar. Kini, bahan bantu mengajar mampu diekses dan
digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti MOOC, Webtoon, Powtoon dan banyak
lagi.
Peralatan
yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktis dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan
teknologi dalam mencipta peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan
yang sangat nyata dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dilakukan oleh guru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di
kalangan para pelajar. Keberkesanan dalam setiap bahan bantu mengajar terletak
pada kecanggihan bahan atau alat tersebut, namun yang lebih utama adalah
kesesuainnya berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea
kandungan sesuatu mata pelajaran.
Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan
bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai
kepentingan tersendiri. Para pelajar yang terangsang untuk mengetahui dengan
lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Bahan
bantu mengajar yang baik juga dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus
memberikan tumpuan kepada pengajaran guru.
Bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh
untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas
lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar. Penggunaan bahan sokongan
seperti gambar, bunyi, atau sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan
peneguhan. Kesan ini akan membantu minda pelajar untuk lebih faham dan ingat
dalam jangka masa yang lama.
MOOC
sebagai bahan bantuan mengajar
MOOC merupakan salah satu program pembelajaran jarak jauh
percuma yang direka khas untuk penyertaan dalam jumlah yang besar daripada para
pelajar yang datang daripada pelbagai tempat di dunia. Penstrukturan sistem
MOOC boleh dicorakkan mengikut kesusaian sesuatu sistem pembelajaran tersebut.
Ianya mungkin dicorak dalam subjek-subjek pembelajaran di kolej-kolej atau
universiti-universiti. Walaupun MOOC tidak menawarkan kredit akademik, tetapi
ia memberikan pengetahuan yang membolehkan pensijilan, pekerjaan atau sambung
belajar (Margaret Rouse 2003).
Kronologi
penciptaan sistem MOOC
Pada tahun 2008, Dave Cormier dan Bryan Alexander
memperkenalkan Massive Open Online Courses (MOOC) setelah menghadiri kursus
yang dikendalikan oleh George Siemens dan Stephen Downes di Universiti
Manitoba, Kanada. Kursus tersebut dipanggil “Connectivism and Connective
Knowledge” (CCK08). Kursus ini adalah berdasarkan teori connectivisme yang dicipta oleh George Siemens sebagai alternatif
kepada teori-teori yang sedia ada. Menurut beliau, teori tersebut lebih sesuai
untuk diaplikasikan dalam era digital kini kerana penggunaan alat digital yang
pesat.
Pada ketika itu, kursus CCK08 hanya mempunyai seramai 25
orang pelajar yang mendaftar secara berbayar manakala 2300 orang pelajar lain
pula telah mendaftar secara percuma. Daripada situ, mereka melihat bahawa
pengetahuan boleh dikongsi dengan semua orang diseluruh dunia tidak kira tempat
dan merasa teruja dengan interaksi dan respon serta hubungan secara maya yang
dapat dilakukan menerusi perbincangan secara aktif dalam talian. Oleh yang demikian,
penciptaan MOOC adalah untuk memanfaatkan penggunaan internet dengan
menghubungkan setiap individu yang ingin belajar, berkongsi ilmu secara meluas
serta mahu melihat sejauh mana ia mampudicapai.
MOOC juga dapat memberikan peluang kepada sesiapa sahaja
di seluruh dunia yang inginkan pendidikan tetapi tidak berkemampuan untuk
sama-sama mendapat pendidikan yang sama rata kualitinya tanpa mengira latar
belakang dan tempat seseorang itu.Pada tahun 2012, MOOC membuat satu lagi
percubaan menarik perhatian ahli akademik. Dua professor dari Stanford iaitu
Professor Sebastian Thrun dan Peter Norvig memutuskan untuk menawarkan
“Introduction to Artificial Intelligence” secara percuma atas talian.
Ianya direka untuk mnyerupai pengalaman bilik darjah yang
sebenar dan menawarkan kelas yang berkualiti untuk semua orang dan idea ini
mempunyai kelebihan dalam membawa nama berprestij Stanford. Lebih daripada
160,000 pelajar di 190 buah negara mendaftar dan buat pertama kalinya khusus
terbuka atas talian benar-benar terbuka luas. Hal ini membawa kepada pembukaan
model perniagaan baru bagi pengetahuan atas talian oleh Thrun dan Norvig dan
Udacity bermula. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk Professor lain
menyesuaikan idea-idea mereka
menggunakan sumber sendiri.
Aplikasi
sistem pembelajaran jarak jauh dalam MOOC
“Open Educational Resources (OER) are materials used to
support education that may be freely accessed, reused, modified and shared by
anyone”.
Berikut merupakan petikan yang di petik dari kata-kata
Stephen Downes iaitu seorang pereka dan pengulas Kanada dalam bidang
pembelajaran atas talian dan media baru yang cukup sempurna untuk
mendefinisikan sumber pendidikan terbuka. Sumber pendidikan terbuka menjadi
pilihan dalam pembelajaran kerana perubahan dalam falsafah, pelbagai model
kewangan yang tersedia, pelesenan hak cipta alternatif dan juga kemampuan untuk
melayari internet.
Terdapat pelbagai jenis sumber pendidikan terbuka seperti
perisian khusus terbuka (open courseware
learning), belajar tempat menyimpan (learning
repositories), terbuka buku teks (open
textbook) dan Massive Open Online Course (MOOC). Open courseware atau OCW adalah terma yang digunakan untuk bahan
khusus atau subjek yang dicipta oleh universiti dan bebas dikongsi dengan dunia
melalui internet seperti Open Learning, MIT Open Courseware dan UM Open
Courseware. Terbuka buku teks (e-books) adalah buku teks secara terbuka
berlesen yang ditawarkan atas talian oleh penulis buku itu sendiri atau melalui
bukan keuntungan atau pencetak terbuka komersial berlesen seperti Creative
Commons. Antara contoh terbuka buku teks ialah Flat World Knowledge, College
Open Textbooks dan Open Textbook Library.
Learning repositories (LR) iaitu sebuah perpustakaan atas talian bagi
menyimpan, mengurus dan berkongsi sumber pembelajaran. Kuiz, pembentangan,
imej, video atau apa-apa jenis dokumen atau fail yang digunakan untuk membuat
kandungan khusus atau subjek dan bahan pengajaran untuk pembelajaran atas
talian antaranya EDU Youtube dan Open.Michigan. MOOC adalah satu khusus yang
terbuka kepada semua dan disampaikan secara atas talian serta diambil bahagian
oleh sejumlah besar peserta. Ia boleh didapati secara percuma dan juga
memudahkan.
Evolusi teknologi dan pengalaman pembelajaran baru
sentiasa berkait rapat. Sebagai contoh, pakar pembelajaran jarak jauh
mengesahkan bahawa bidang pembelajaran jarak jauh mempunyai tiga generasi utama
iaitu kajian surat menyurat, multimedia serta komputer pengantara. Model
pembelajaran jarak jauh yang pertama berkembang pesat di Eropah dan Amerika
Syarikat selepas Revolusi Perindustrian terutamanya kerana tenaga kerja yang
lebih berkelayakan diperlukan untuk kilang-kilang. Disamping itu, perkhidmatan
pos menjadi lebih cepat, murah dan boleh dipercayai.
Walaubagaimanapun, generasi pertama ini masih lagi jauh
dari mencapai bilangan pelajar yang tinggi berbanding apa yang dicapai oleh
MOOC sekarang. Kajian tersebut hanya dikuasai setelah ketibaan media elektronik
yang membawa kepada populasi radio dan televisyen sebagai alat pendidikan pada
abad ke-20. Oleh itu, guru dan pelajar dari seluruh dunia mengambil kesempatan
dengan pembangunan teknologi baru.
Mereka yang tidak bernasib baik yang tidak mempunyai
akses kepada pembelajaran formal boleh menonton atau mendengar kelas secara
percuma tidak kira di mana sahaja mereka berada. Kandungan pembelajaran
tersebut telah disesuaikan mengikut peringkat umur dan juga pelajar di kawasan
pedalaman boleh mempunyai pengetahuan dalam akademik.
Meskipun begitu, faktor pedagogi utama
masih kurang iaitu pelajar mempunyai kemahiran berinteraksi yang lemah dengan
profesor atau pelajar lain. Pita video telah digunakan sebagai inisiatif
pembelajaran jarak jauh tetapi dikritik kerana memupuk sifat pasif dalam
kalangan diri pelajar. Kini, generasi
multimedia telah mempopularkan pembelajaran jarak jauh dan membenarkan
kemungkinan baru tetapi hanya komputer dan laman sesawang sahaja yang dapat
menyatukan tenaga untuk menyediakan infrastruktur e-pembelajaran baru,
terutamanya yang dibina di atas rangkaian dan komuniti atas talian.
Kelebihan
dan kekurangan MOOC.
Setiap perkara mempunyai kebaikan dan kelemahan yang
tersendiri, begitu juga dengan MOOC. Terdapat beberapa kebaikan MOOC yang boleh
disenaraikan. Salah satunya ialah terdapat pelbagai portal MOOC yang boleh
diakses secara percuma seperti edX di mana pengguna tidak perlu membayar
apa-apa untuk mengikuti kursus dan program yang ditawarkan. Perkara ini
memudahkan pengguna terutamanya pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan
yang kukuh untuk mengakses kepada bahan
pembelajaran kerana ditawarkan secara percuma.
Kelebihan
yang seterusnya ialah penggunaan portal MOOC dapat menjimatkan masa serta
tenaga pelajar dan juga pengajar. Melalui P&P secara konvensional, pelajar
dan pengajar perlu berada di dalam kelas atau dewan kuliah untuk mengikuti
sesuatu kursus. Namun dengan adanya portal MOOC, mereka hanya memerlukan
capaian internet yang kukuh dan stabil sahaja untuk mengikuti sesi P&P.
Perkara ini menjadi lebih mudah kerana pada masa kini, capaian internet yang
stabil boleh didapati di pelbagai tempat, malah pelajar-pelajar juga
kebanyakannya dilengkapi dengan data internet masing-masing. Justeru itu,
proses P&P boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Kemudian,
penggunaan portal MOOC juga boleh mengasah kemahiran serta kreativiti pelajar
dan pengajar. Portal MOOC membolehkan sesuatu kursus dilengkapi dengan animasi,
video dan pelbagai kaedah lain. Perkara ini dapat meningkatkan kreativiti
pengajar untuk menyediakan bahan mengajar yang menarik untuk dimuatnaik ke
portal MOOC tersebut. Pelajar juga sekaligus dapat mengasah kreativiti
masing-masing. Mereka juga secara tidak langsung akan menjadi lebih mahir dalam
penggunaan bahan-bahan di internet.
Namun,
beberapa kelemahan juga dapat dilihat dengan aplikasi portal MOOC ini. Pertama,
menerusi penggunaan portal MOOC yang percuma di mana pelajar lebih cenderung
untuk melakukan tugasan secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh kerana
mereka tidak perlu mengeluarkan duit untuk melayari portal tersebut. Mereka
tidak akan menghargai kemudahan portal MOOC yang disediakan untuk membantu
mereka dalam pembelajaran.
Dalam
satu laporan oleh O’Connor pada tahun 2014 menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar yang menyertai kurus yang
ditawarkan menerusi portal MOOC edX iaitu satu portal MOOC yang percuma
cenderung untuk meninjau sahaja bahan-bahan yang terdapat dalam kursus tersebut
dan tidak menyempurnakan tugasan yang ada untuk mendapatkan sijil perakuan
tamat kursus. Seramai 841687 orang mendaftarkan diri pada tahun pertama
penubuhan edX. 469702 peserta melihat kurang dari separuh kandungan kursus
tersebut manakala 35937 melihat separuh atau lebih kandungan kursus.
Terdapat 292852 orang peserta lagi yang tidak pernah mengakses kepada apa-apa
kandungan kursus.
Keberkesanan mooc
Sistem pembelajaran e-learning dapat dibuktikan keberhasilan dan
kejayaannya melalui tahap kepuasan pelajar terhadap sistem tersebut. Terdapat
beberapa kriteria yang perlu dititikberatkan dalam menilai sejauhmana
keberhasilan sistem pembelajaran e-learning ini antaranya adalah fleksibiliti
kursus (Arbaugh. 2000) dan kualiti kursus (Piccoli et al. 2001). Fleksibiliti
kursus boleh diertikan sebagai pelajar mempunyai peluang pembelajaran kendiri
yang tinggi melalui e-learning yang tidak dikekang oleh ruang, masa dan tempat
berbanding pembelajaran secara bilik darjah manakala kualiti kursus pula
merangkumi reka bentuk kursus, bahan mengajar dan penyusunan perbincangan yang
interaktif (Phan et al. 2016). Secara dasarnya, MOOC berhasil dalam memenuhi
kriteria-kriteria tersebut kerana pembawakan MOOC itu sendiri yang sangat
fleksibel dan interaktif.
Kebanyakan
pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan sama ada di dalam MOOC iaitu melalui
forum perbincangan ataupun di luar MOOC melalui media sosial (Veletsianos et
al. 2015). Forum perbincangan secara atas talian membolehkan pelajar melibatkan
diri, bertukar-tukar idea dan pengetahuan serta mewujudkan sifat kemasyarakatan
yang boleh menimbulkan pertalian antara mereka terhadap sesuatu kursus
(Hollands & Tirthali. 2014).
Goldberg et
al. (2015) melaporkan terdapat korelasi positif antara penglibatan pelajar
dengan MOOC dan pencapaian kursus mereka. Pelajar yang menunjukkan penglibatan
aktif dalam kursus MOOC lebih cenderung untuk mengatasi pelajar yang tidak
aktif. Penglibatan secara aktif yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya
menghantar satu tugasan kursus, penglibatan dalam forum perbincangan dengan
memuatnaik pos dan merespon kepada pos yang lain. Penglibatan pelajar secara
aktif telah menjadi indikator penting dalam menilai kualiti MOOC (Ho et al.
2014) sekaligus membuktikan kejayaannya.
Di samping itu,
mod kursus MOOC yang fleksibel secara atas talian memudahkan penyertaan dan
memuaskan penggunanya. Konsep belajar merentasi sempadan, tiada penetapan had
umur dan kos yang membebankan boleh dikurangkan. Di samping itu, ketiadaan
halangan fizikal menjadikan interaksi lebih dinamik dan menggalakkan
pertumbuhan pembelajaran konstruktif dan pembelajaran koperatif (Salmon. 2000).
Tanpa sekatan terhadap masa dan ruang, pelajar dapat berkomunikasi serta-merta,
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Selain itu,
MOOC yang bersifat maya mampu mengenepikan kejanggalan komunikasi secara
bersemuka yang sering berlaku dalam bilik darjah. Pelajar boleh mengekspresikan
pemikiran dan idea mereka tanpa perlu berselindung dengan perasaan malu dan
lebih berani untuk mengajukan pertanyaan dalam kumpulan perbincangan pada
platform perbincangan yang disediakan (Strauss. 1996). Rangka kerja
pembelajaran kendiri juga memudahkan pelajar untuk meningkatkan kemahiran
insaniah dan kemahiran menguruskan masa melalui aktiviti pembelajaran. Pendek
kata, mod kursus MOOC yang fleksibel mampu meningkatkan skor pelajar dengan
strategi pembelajaran yang interaktif dan berkesan (Da Liu, 2016).
RUJUKAN
Arbaugh, J. B.
(2000). Virtual classroom characteristics and student satisfaction with
internet-based MBA courses. Journal of
Management Education, 24(1):32–54.
Da Liu.
(2016). The reform and innovation in English Course: A coherent whole of (MFE)
MOOC flipped classroom and ESP (English for specific purpose). Procedia-Social and Behavioral Sciences,
232:280- 286.
Hollands, F.,
Tirthali, D., (2014). MOOCs - expectations and reality. Retrieved from: http://www.academicpartnerships.com/sites/default/files/MOOCs_Expectations_and_Reality.pdf.
Margaret Rouse. 2003. What is massive open online course
(MOOC)? - Definition from WhatIs.com.
Phan, T., Mcneil, S. G., & Robin, B. R. 2016. Computers
& Education Students ’ patterns of engagement and course performance in a
Massive Open Online Course. Computers & Education 95 : 36–44.
Piccoli, G., Ahmad, R., & Ives, B. (2001). Web-based
virtual learning environments: a research framework and a preliminary
assessment of effectiveness in basic IT skill training. MIS Quarterly, 25(4):401–426
Veletsianos, G., Collier, A., & Schneider, E. (2015).
Digging deeper into learners' experiences in MOOCs: Participation in social
networks outside of MOOCs, notetaking and contexts surrounding content
consumption. British Journal of Educational Technology, 46(3):570-587.
No comments:
Post a Comment